Pembatalan lantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 9:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Pembatalan pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Negeri Sembilan telah diwartakan hari ini.

Menurut warta berkenaan menyatakan, pelantikan ahli-ahli Exco tersebut dibatalkan berkuatkuasa 20 September oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Menurut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, seseorang ahli Exco selain daripada Menteri Besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh (Yang Dipertuan Besar.

“Memandangkan telah melanggar ikrar taat setia (terhadap Yang Dipertuan Besar), dengan ini (Yang Dipertuan Besar) menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan (mereka) sebagai ahli Exco Negeri Sembilan,” menurut warta tersebut.

Pada 20 September lalu, pihak Istana Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz telah membatalkan pelantikan semua Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Sepuluh bekas Exco terbabit terdiri wakil UMNO iaitu Mustapha Nagoor (Palong); Faizal Ramli (Linggi); Zaiful Bahri Idris (Chembong); Razi Ali (Sungai Lui); Asna Amin (Lenggeng); Siti Nur Umaira Hasim (Labu); dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Tiga lagi membabitkan wakil MCA, Siow Kong Choon (Chennah); Fairuz Isa daripada Pas (Serting); serta Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan. – UTUSAN

The post Pembatalan lantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved