Pembatalan Pendaftaran PN: Mahkamah Tinggi Gantung Notis RoS

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 5:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pembatalan Pendaftaran PN: Mahkamah Tinggi Gantung Notis RoS

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan parti gabungan berkenaan akan mencabar kesahihan perintah pembatalan PN yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Takiyuddin turut mengatakan pihaknya bakal memohon agar pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan untuk sementara untuk menunggu penentuan daripada mahkamah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: PN Bakal Cabar Keputusan RoS Batalkan Pendaftaran Di Mahkamah – Takiyuddin

Mahkamah Tinggi gantung notis pembatalan pendaftaran PN

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (22 Oktober) menggantung notis pembatalan pendaftaran parti gabungan tersebut yang dikeluarkan oleh RoS pada 20 Oktober yang lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Azizan Md Arshad bagi membenarkan permohonan PN agar notis tersebut digantung sehingga prosiding subtantif semakan kehakiman didengar.

Keputusan pembatalan pendaftaran PN dilakukan sembilan hari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN), parti gabungan berkenaan berusaha untuk mempertahankan haknya bagi bertanding menggunakan:

  • Nama
  • Logo sendiri

Wujud keadaan luar biasa yang mewajarkan peangguhan notis

Azizan ketika membaca keputusan turut memaklumkan wujudnya keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan bagi notis terbabit, khususnya potensi kemudaratan bagi aktiviti politik PN dan penyertaannya dalam PRN.

“Mahkamah perlu menimbang kemungkinan berlakunya kemudaratan yang lebih besar, sama ada penangguhan itu dibenarkan atau ditolak,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Parti gabungan PN itu diwakili oleh peguam, Tan Sri Azhar Azizan Harun manakala Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan pula mewakili Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfiqar Ahmad serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Sifuddin Nasution Ismail sebagai responden.

RoS keluarkan notis sebelum perintah gantung semua aktiviti PN pada 23 Septembr

Sebagai info RoS sebelum ini telah mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN yang berkuat kuasa pada 23 September lalu.

Tindakan ini diambil mengikut  Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.

5 pemimpin PN mohon semakan kehakiman untuk cabar notis

Lima pemimpin parti komponen PN, yang diketuai oleh Takiyuddin Hassan kemudiannya memohon agar semakan kehakiman untuk mencabarnya.

Manakala empat lagi adalah:

  • Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen
  • Setiausaha Agung Malaysia Indian People’s Party, N Sathes Kumar
  • Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saiffudin Abdullah
  • Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah

Menerusi permohonan berkenaan, Muhammad Zulfiqar Ahmad dan Saifuddin Nasution Ismail dinamakan sebagai responden-responden.

PN nyatakan notis RoS beri kesan kepada PN yang akan bertanding untuk PRN Melaka

Mengikut dokumen yang telah diperoleh, parti gabungan terbabit sudah menyatakan notis RoS tersebut memberi kesan kepada parti-parti di bawah gabungannya yang bakal bertanding bagi PRN Melaka-16 kelak.

PN turut mendakwa kegagalan menangguhkan mahupun membatalkan notis terbabit sebelum penamaan calon bakal menjejaskan penyertaannya dalam PRN yang akan berlangsung di Melaka tidak lama lagi.

Notis RoS turut halang PN buat kegiatan politik seperti biassa

Dalam sijil perakuan segera yang difailkan bersama permohonan, PN juga mendakwa bahawa notis tersebut menghalangnya melakukan kegiatan politik seperti biasa.

Perkara itu termasuklah memberi kuasa kepada calon yang bertanding dengan menggunakan logo serta nama PN.

Sebarang keputusan lepas penamaan calon akan terlambat

Menurut PN lagi, apa-apa keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon bakal terlambat.

Ini kerana peluang untuk meletakkan wakil (calon) menggunakan logo serta nama parti gabungan berkenaan tidak lagi dapat dikembalikan.

Hakim benarkan PN mulakan semakan kehakiman

Sebaik mendengar hujah daripada semua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad lalu membenarkan parti gabungan tersebut memulakan semakan kehakiman ke atas notis terbabit.

Hakim turut menetapkan pendengarannya adalah pada 22 Oktober (Khamis).

Namun pada 20 Oktober, RoS kemudian membatalkan pendaftaran PN, selepas penjelasan serta representasi yang dikemukan oleh PN didapati gagal menyangkal asa pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:  Gagal Sangkal Pembatalan Dalam Notis, RoS Batalkan Pendaftaran PN

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan RoS Batal Pendaftaran PN Mengandungi Unsur Berniat Jahat Yang Jelas – Hamzah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved