
Pembayaran ini dikreditkan secara berperingkat
Pembayaran STR Fasa 2 Dikreditkan Mulai 24 Mac, Semak Status Anda Sekarang. Berita baik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Fasa kedua bayaran STR akan mula dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak mulai hari Isnin, 24 Mac 2025 hingga Khamis, 27 Mac 2025.
Berikut adalah panduan semakan status pembayaran STR Fasa ke-2 yang boleh diikuti oleh para penerima:

- Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.


Langkah ini bertujuan memudahkan penerima STR mengakses dana dengan cepat dan efisien, sekaligus membantu meringankan beban kewangan rakyat.
Baca juga cerita semasa di bawah:




