“Pembaziran!” – Tular Video Susu Nilofa ‘Expired’ Dibuang, Netizen Kata Baik Bagi Sedekah

Entertainment
7 Oct 2022 • 1:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, viral di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan produk jenama minuman milik selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Susu Nilofa telah mencuri perhatian orang.

Menerusi video tersebut, produk susu Nilofa berperisa mangga dibuang dalam satu tong sampah besar sehingga penuh.

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan pihak pengeluaran kerana membuang susu tersebut dalam jumlah yang banyak.

satu tong sampah!! susu Nilofa. Subahana Allah pembaziran.

Difahamkan, pembuangan secara besar-besaran itu berlaku dipercayai gara-gara produk susu Nilofa berkenaan telah tamat tempoh.

Menjengah di ruangan balas, video berdurasi 16 saat itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak Neelofa.

Malah, ada juga segelintir netizen yang memberi pendapat agar pihak mereka untuk memeriksa tarikh luput produk tersebut sebelum membuangnya kerana sebaiknya disedekahkan kepada orang ramai agar mengelakkan pembaziran berlaku.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Dulu Lebih Cantik" - Kongsi Gambar Arwah Anak, Netizen 'Compare' Bentuk Bibir DSV