“Malu tengok” – Tya Arifin Dikecam Tak Jaga Maruah Gara-gara Video BTS ‘Aksi Panas’ Tular

Entertainment
6 Oct 2022 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je yang tak kenal dengan founder Mutyara dan isteri kepada Asyraf Khalid, Tya Arifin ni kan?

Baru-baru ini, ruangan komen di Instagram Tya Arifin telah dibanjiri dengan komen dari netizen gara-gara video disebalik tabir promosi produk terbarunya telah tular di TikTok.

Mana tidaknya, dalam video tersebut, dapat dilihat Tya telah melakukan beberapa aksi yang agak panas sehingga menyebabkan ramai netizen yang tak senang duduk melihatnya.

“Viral BTS founder bertudung photoshoot gaya panas”

Video tular yang dimuatnaik di TikTok itu menunjukkan beberapa babak di mana Tya telah posing sambil baring di atas katil, bersentuhan dengan lelaki seperti melakukan aksi yang tidak senonoh, berendam di dalam bath tub serta berjalan masuk ke dalam bilik air seperti ingin membuka baju.

Ekoran perwatakan Tya yang bertudung dan statusnya sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak, rata-rata netizen yang melihat video ini telah mengecam tindakannya ini dan merasakan perbuatan ini terlalu melampau dan mencemarkan maruah.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen tertanya-tanya barang apa yang dipromosikan oleh Tya ini sehingga perlu membuat adegan seperti ini serta ada juga yang nak tahu siapa lelaki bersama Tya dalam video tersebut.

image is not available

Namun begitu, Tya masih belum memberikan komennya mengenai perkara ini. Malah video hasil daripada photoshoot ini juga masih belum disiarkan secara rasmi lagi.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.