Pembedahan lutut jejas persiapan Sinner

25 Nov 2026 • 8:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pembedahan lutut jejas persiapan Sinner

LONDON: Pemain tenis No.2 dunia, Jannik Sinner dijadual menjalani pembedahan lutut di Finland, Selasa ini selepas kali terakhir beraksi ketika menjuarai Wimbledon, Julai lalu.

Kecederaan berpanjangan itu menimbulkan keraguan terhadap penyertaannya dalam Terbuka Australia yang dijadual bermula 17 Januari ini, lebih-lebih lagi beliau dilaporkan mungkin terpaksa berehat sehingga empat bulan.

Bagaimanapun, tempoh sebenar pemulihannya hanya dapat dipastikan selepas pembedahan berkenaan.

Sebelum ini, Sinner menyatakan keyakinan untuk kembali beraksi di Melbourne, namun menegaskan tidak mahu tergesa-gesa dalam proses pemulihan.

“Matlamat saya adalah untuk beraksi di Australia. Saya berharap dapat kembali dan mungkin menyertai beberapa kejohanan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan mematuhi prosedur pemulihan bagi mengelakkan kecederaan lebih serius, selain mahu memastikan kesihatan tubuh badannya terpelihara untuk meneruskan karier dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.

Pada masa sama, Sinner dilaporkan kehilangan berat badan yang ketara selepas menjalani pembedahan membuang tonsil dan kini sedang berusaha membina semula kekuatan ototnya.

Perkembangan itu menyaksikan persiapan pemain Itali berkenaan untuk kembali ke gelanggang terus menjadi perhatian menjelang Terbuka Australia, kejohanan pembuka tirai Grand Slam musim depan.- AGENSI

The post Pembedahan lutut jejas persiapan Sinner appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved