Pembekal diarah tangkap semula ikan patin Siam di Tasik Shah Alam

LocalEnvironment
15 Jul 2026 • 4:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pembekal diarah tangkap semula ikan patin Siam di Tasik Shah Alam

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pembekal ikan yang melepaskan ikan patin Siam (ikan asing) di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam sudah diarahkan menangkap semula spesies ikan tersebut.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata pembekal telah mengakui kesilapan dan perlu mengeluarkan ikan asing tersebut sebelum Festival Memancing Agro Selangor@Shah Alam 2026 yang berlangsung 26 Julai ini.

“Dari dulu saya sentiasa menyebut supaya hati-hati… ini salah daripada kawalan kitalah dan saya difahamkan kita memang tak benarkan tetapi pembekal datang lepaskan ikan ini.

“Tetapi dia sudah bagi komitmen untuk buat balik tangkapan sebelum pertandingan memancing 26 Julai ini.

“Pembekal anggarkan ikan patin dilepaskan sebanyak 200 kilogram dan keseluruhannya termasuk ikan baung adalah dua tan. Semua tangkapan ikan asing ini akan dilakukan menggunakan jaring,” katanya kepada Media Selangor hari ini.

Baru-baru ini tular di Facebook berhubung pelepasan ikan patin siam sempena pertandingan memancing tersebut.

Pemegang akaun mendakwa pelepasan ikan asing itu kejadian kedua dan pihak berkaitan tidak merujuk dahulu kepada pakar atau mendapatkan bekalan dari pembekal swasta tanpa melalui tapisan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved