Pembeli Kecewa EV Neta Hanya Capai 40 KM 1 Cas Penuh – Dapat Skuter Sementara Tunggu Stok Bateri

TechnologyCars
3 Jan 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kurang dua tahun selepas membeli kenderaan elektrik (EV) Neta Aya (Neta V) di China, seorang pemilik kecewa jarak pemanduan merosot kepada hanya 40 km!

Pemilik kenderaan itu, Puan He, berkongsi pengalamannya menerusi sebuah video di media sosial China, mendedahkan cabaran yang dihadapinya termasuk kelemahan perkhidmatan selepas jualan jenama tersebut.

Masalah Demi Masalah Muncul

image is not available

Menurut Puan He, varian Neta Aya yang dibelinya pada Mei 2023 itu memiliki jarak pemanduan elektrik sehingga 401 km yang dikuasakan oleh bateri NMC 38.5 kWj dan motor elektrik 95 hp. Model tersebut dibeli pada harga RMB76,000 (~RM47,000).

Bagaimanapun, selepas musim sejuk baru-baru ini, jarak pemanduan keretanya turun secara mendadak kepada hanya 60 km.

Perubahan tersebut membuatkan Puan He mengunjungi Pusat 4S Neta di Anji, di mana dia dimaklumkan bahawa bateri bervoltan tinggi kenderaannya telah rosak dan perlu digantikan dengan yang baharu. Namun, pusat jualan di mana dia membeli kereta itu tidak lagi beroperasi.

image is not available

Pusat 4S yang dikunjunginya mengesahkan masalah itu tetapi menyatakan bahawa stok bateri gantian tiada. Walaupun beberapa kali menghubungi ibu pejabat Neta, tiada tarikh jelas diberikan untuk penghantaran bateri baharu.

Kekecewaan bertambah apabila panggilan ke talian khidmat pelanggan Neta hanya menerima jawapan yang kabur tanpa kepastian tentang bila isu itu dapat diselesaikan. Dalam tempoh tersebut, jarak pemanduan keretanya merosot lagi kepada hanya 40 km.

Neta 'Tawar' Penyelesaian Sementara

Sebagai tanda ‘meminta maaf,' pusat servis memberi Puan He sebuah skuter gantian dan memaklumkan bahawa bateri mungkin tiba "selepas Tahun Baharu" tanpa menjelaskan sama ada merujuk kepada Tahun Baharu Masihi atau Tahun Baru Cina pada 29 Januari.

Neta Masuk Era Zaman Kejatuhan?

image is not available

Selain itu, jenama Neta juga menerima kritikan selepas mendedahkan pencapaiannya yang lemah dalam ujian keselamatan ASEAN NCAP baru-baru ini yang menerima sifar bintang untuk unit Neta V yang diimport di pasaran seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Kepercayaan Pelanggan Terjejas

Isu kualiti kenderaan, tuntutan jaminan yang tidak dipenuhi, serta masalah dalaman syarikat memberi amaran kepada pemilik dan bakal pembeli tentang risiko memiliki kenderaan jenama ini.