“Pembeli Perlu Tunjuk MyKad Sebelum Beli Beras Tempatan Sebagai Bukti Warganegara” – Penjual

LocalPolitics
24 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan New Straits Times, beberapa kedai runcit dan supermarket di bandar telah meletakkan syarat buat pembeli, di mana mereka perlu menunjukkan bukti kewarganegaraan jika mahu membeli beras tempatan.

Perlu tunjuk MyKad sebelum ini beli beras tempatan

Syarat ini diletakkan supaya warga asing tidak membeli beras tempatan yang diberi subsidi, malah sesetengah kedai mengehadkan satu kampit beras untuk setiap keluarga.

image is not available

Kami menyemak MyKad setiap pembeli untuk mengelakkan beras ini jatuh ke tangan warga asing. Di kedai saya, setiap keluarga hanya boleh membeli dua kampit beras sahaja. – Penjual

Biarpun ada sesetengah pelanggan yang mengadu syarat tersebut menyusahkan tetapi penjual tersebut merasakan ia merupakan langkah terbaik bagi memastikan subsidi sampai kepada penerima yang dimaksudkan.

Pemilik kedai runcit letak notis

Selain itu, penjaul kedua pula yang bernama Yaw berkata langkah ini bukan sahaja memastikan beras dijual kepada mereka yang layak tetapi bagi mengelakkan salah faham.

image is not available

Kami juga memaparkan notis yang menyatakan bahawa pelanggan mesti menunjuk MyKad mereka sebelum membeli beras tempatan.

Sekadar info, pada Februari lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan membuat pengumuman bahawa sebanyak 24 juta pek beras tempatan bersubsidi akan mula disediakan pada 1 Mac dengan harga RM26 setiap 10kg.

image is not available 2 days ago

"Tak Adil Semua Salahkan PBT, Jangan Hukum Orang Yang Tak Sepatutnya" - Isu Pak Cik Petai, Ini Jawab MB Negeri Sembilan