Suspek Klon MyKad Orang Lain Buat Pinjaman Beli iPhone Ditahan JPN

LocalTechnology
11 Mar 2025 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lelaki yang didakwa menggunakan MyKad milik seorang individu lain untuk membuat pinjaman membeli telefon pintar telah ditahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Malaysiakini, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu diberkas susulan aduan seorang individu sebelum ini yang menyedari identitinya telah disalahgunakan.

image is not available 4 days ago

Lelaki Terkejut Dapat Tahu Ada Orang Klon MyKad Miliknya & Guna Buat Pinjaman Beli iPhone 16 Promax

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, mangsa sebelum ini pernah kehilangan MyKad beberapa tahun lalu dan baru-baru ini terkejut apabila mendapati rekod pembelian iPhone 16 Pro Max 1TB secara pembiayaan pinjaman di sebuah kedai di Cheras.

image is not available

Dia kemudian segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki MyKad miliknya telah diklon individu lain.

image is not available

image is not available

Hasil risikan dan siasatan JPN, suspek tersebut telah dikenal pasti dan ditahan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan polis turut menemukan sekeping lagi MyKad yang disyaki palsu ketika melakukan pemeriksaan badan ke atasnya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 25(1)(e) dan Peraturan 25(1)(o) di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki MyKad orang lain serta menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

image is not available