Perincian Penyasaran Subsidi RON95 Diumum Sept 2025

LocalBusiness & Finance
5 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Kewangan mengesahkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

Buat masa ini, kerajaan sedang giat membangun dan menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan ia beroperasi secara lancar apabila dilaksanakan.

"Kerajaan berusaha memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan supaya subsidi RON95 dapat meliputi kelompok yang disasarkan," katanya menerusi Jawapan Bagi Pertanyaan Jawab Lisan yang dipaparkan di portal Dewan Rakyat semalam.

image is not available

Terdahulu, Kementerian Kewangan menyatakan bahawa penyasaran semula subsidi RON95 akan dilaksanakan melalui penggunaan MyKad. Ini bermakna, bukan warganegara perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi.

Dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, kerajaan memaklumkan akan menggunakan data Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Aziza nberkata data membabitkan 30.4 juta profil individu itu akan digunakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai rujukan bagi melaksanakan pemberian subsidi bersasar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved