Pemberhentian petugas Petronas banyak babit pekerja kontrak - PM

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (tengah) bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Ikhwan Jalan Pinggiran Putra, Putrajaya. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pemberhentian petugas Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kebanyakannya melibatkan tenaga kerja kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia banyak yang kontrak,” kata beliau secara ringkas ketika diminta mengulas laporan Petronas akan memberhentikan kira-kira 5,000 tenaga kerjanya sebagai langkah penstrukturan semula.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik Tengku Aziz dilaporkan berkata, Petronas akan memberhentikan kira-kira 10 peratus tenaga kerjanya dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak dan gas nasional itu.

Tengku Muhammad Taufik turut menafikan bahawa syarikat milik negara itu akan keluar daripada perniagaannya di Kanada.

Petronas sebelum ini dilaporkan berkata, ia perlu 'menyesuaikan saiz' tenaga kerjanya bagi memastikan kelangsungan syarikat dalam beberapa dekad akan datang.

Petronas mempunyai hampir 50,000 pekerja, menurut laman sesawangnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved