Pengurangan 5,000 staf Petronas majoritinya berstatus kontrak – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 3:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pengurangan 5,000 staf Petroliam Nasional Bhd (Petronas) majoritinya adalah berstatus kontrak.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata demikian ketika diminta media untuk memberi penjelasan berkaitan langkah yang diambil oleh Petronas berhubung pengurangan kakitangan sebanyak 10 peratus pada hujung tahun ini.

Pengurangan 5,000 staf

image is not available

“Kebanyakannya kontrak,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas selesai solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, Jalan Pinggiran Putra, di sini, hari ini.

Semalam, Petronas bakal mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya dalam mendepani cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata bilangan kakitangan yang terlibat dalam proses pengurangan itu berjumlah kira-kira 5,000 orang dan mereka yang terbabit akan dimaklumkan menjelang akhir tahun ini.

Tengku Muhammad Taufik berkata kumpulan itu menyasarkan operasi yang lebih keil dan tangkas walaupun harga minyak mencecah paras tertinggi US$100 setong (US$1 = RM4.23).

Pengurangan 5,000 staf

image is not available

Menurutnya, berdasarkan keadaan sebelum ini apabila lapangan minyak mengecil, margin keuntungan sebelum cukai syarikat itu adalah pada kira-kira 35 hingga 40 peratus.

Anggaran peruntukan perbelanjaan Petronas adalah berdasarkan minyak Brent pada sekitar US$75 (RM318.41) hingga US$80 setong.

Minyak penanda aras global itu kini didagangkan hampir US$65, turun kira-kira 13 peratus tahun ini, berikutan ketegangan perdagangan yang menjejaskan pertumbuhan global serta usaha OPEC+ untuk memulihkan pengeluaran.

Pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, Petronas mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM55.1 bilion, turun 31.7 peratus daripada RM80.7 bilion setahun sebelumnya berikutan purata harga direalisasi yang lebih rendah dan pelarasan cukai pada 2023.

image is not available

Sumber: Harian Metro (Mohd Nasaruddin Parzi)