
Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan dana dan fasiliti sukan untuk menyokong pembangunan komuniti belia secara menyeluruh. Sukan bukan sekadar riadah ia pemangkin perpaduan, disiplin dan kekuatan komuniti. Mengiktiraf dan memberi sumbangan dan galakkkan kepada atlet belia yang cemerlang dalam sukan dengan memberi imbuhan dalam bentuk insentif kewangan tentu boleh memastikan pencapaian prestasi mereka dalam sukan di tahap kecemerlangan. Oleh yang demikian, belia, para pelajar & murid-murid boleh manfaatkan peluang ini demi menggerakkan komuniti mereka kearah gaya hidup aktif dan sejahtera sejajar dengan slogan “Belia MADANI, Yakin Boleh”. (ihsanmadani.gov.my>pendidikan-biasiswa)

Saya masih ingat semasa menggalas tugas sebagai Pengerusi, Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SMPI) Bandar Indera Mahkota, Pahang & SBPI Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor; bahawa Biasiswa Sukan telah diperkenalkan pada tahun 2005 sebagai suatu usaha Kerajaan bagi meningkatkan kecemerlangan sukan dalam kalangan murid di bawah Program Pembangunan Sukan sekolah. Ia merupakan suatu galakan kepada semua murid supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi yang tertinggi di dalam bidang sukan. (www.moe.gov. my>sukan<)
Saya amat teruja mengetahui sejak bulan Julai 2025 bahawa Kementeri Belia dan Sukan (KBS) membuat penawaran Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara bagi bidang pengajian yang diiktiraf Kerajaan. Sekim ini bertujuan untuk meyokong dan menggalakkan kecermelangan atlet dalam bidang sukan sambil mereka meneruskan pengajian. Penerima biasiswa ini dipilih daripada mereka yang berdisiplin & semangat juang yang tinggi. (https://www.kbs.gov.my>biasiswa-sukan<; www.mohe.gov.my>biasiswa-sukan<)

Dalam penglibatan saya sebagai seorang fasilitator kepimpinan, saya akur bahawa sukan merupakan landasan berkesan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Penglibatan atlet dalam sukan bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan & mengasah bakat atlet tempatan, bahkan menzahirkan semangat perpaduan yang utuh. Buktinya, pencapaian juara beregu campuran negara di Kejohanan Dunia BWF 2025 telah dapat memperteguhkan hubungan mesra antara pelbagai kaum. Sukan berperanan sebagai agen penyatu yang berkesan untuk integrasi nasional.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

