Pemberian Kredit RM100 E-Tunai Akan Dilaksana Pada Suku Ke-4 2023

TechnologyDigital
1 Aug 2023 • 1:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan memberikan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berusia lebih 21 tahun, dan berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Selari dengannya, kini kerajaan berkongsi lanjut, menyatakan ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023 ini. Ini bermakna, ia akan diberikan kepada orang ramai sekitar Oktober ke Disember 2023 ini.

image is not available

Buat masa ini, kerajaan sedang dalam usaha memperincikan lagi inisiatif ini bersama-sama pemegang taruh. Dompet digital yang akan digunakan dan sebagainya masih belum diumumkan, dan dijangka dikongsikan sekitar tempoh suku ke-4 kelak.