
Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensi-agensinya menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.685 bilion kepada usahawan di Sabah dan Sarawak sepanjang tahun lalu, kata menterinya, Datuk Ewon Benedick.
Daripada jumlah itu RM953.9 juta pembiayaan disalurkan di Sabah dan RM731.2 juta di Sarawak, beliau berkata menurut kenyataan media.
Antara agensi yang terlibat menyalurkan pembiayaan itu ialah SME Corp. Malaysia, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Institut Keusahawanan Negara, SME Bank dan Bank Rakyat.
“Kuskop melalui agensi-agensi kementerian sentiasa komited melaksanakan pelbagai program bersifat inklusif kepada semua usahawan dan koperasi di seluruh negara,” katanya pada sesi pertanyaan lisan persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

