Usahawan industri sukan digesa manfaatkan pembiayaan khas SPIS

10 Jun 2024 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menggesa usahawan dalam industri sukan supaya memanfaatkan pembiayaan khas di bawah Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS) yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat.

Beliau berkata, skim itu adalah inisiatif Belanjawan Madani 2024, dan Bank Rakyat, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dilantik sebagai agensi pelaksana.

“Ia bertujuan membantu usahawan dalam industri sukan dari segi modal pusingan untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Justeru, saya berharap dengan kewujudan SPIS, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada mereka yang ingin menceburi industri sukan atau membangunkan perniagaan sedia ada dalam sektor ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Ahli Parlimen Penampang itu menyatakan demikian semasa merasmikan Kyro Fitness, pusat gimnasium terbaharu yang ditubuhkan di Penampang, pada Ahad.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pengarah urusan Jason Tham atas pembukaan pusat itu yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan ke arah gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk sekitar daerah Penampang, tetapi juga peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, Jason Tham berkata pusat itu dibuka empat bulan lalu kini mempunyai keahlian lebih 400 orang.

Turut hadir Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Penampang Chong Fit Pah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.