Pembida Dari Asia Dilapor Berjaya Membida Berlian Gergasi Bernilai RM 134 Juta

10 Nov 2022 • 12:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pembida Dari Asia Dilapor Berjaya Membida Berlian Gergasi Bernilai RM 134 Juta

Sebutir berlian Fortune Pink yang merupakan batu permata gergasi jarang ditemui telah berjaya dijual kepada salah seorang pelanggan dari Asia dengan harga RM134.69 juta pada Selasa, 8 November 2022.

Menurut Firma Lelongan Christie, batu permata seberat 18.18 karat itu merupakan berlian bewarna merah jambu terang berbentuk pir yang pernah dilelong setakat ini.

Memetik AFP, majlis lelongan tersebut telah berlangsung empat minit itu membuka harga jualan RM81.49 juta serta melibatkan tiga pihak pembida yang dilakukan menerusi telefon sebelum kemenangan berpihak kepada pembida Asia tersebut.

“Pembeli gembira. Ia adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata salah seorang pekerja Christie yang mengendalikan urusan bidaan telefon kepada AFP dalam masa yang sama masih kekal merahsiakan identiti pembeli.

Difahamkan, Fortune Pink tersebut sebelum ini ditemui di brazil dan menurut Pusat Lelongan Christie, berlian tersebut dianggap sebagai nombor bertuah dan juga dipercayai merupakan simbol kepada kemakmuran.

“Sangat tepat ia dibeli oleh pelanggan persendirian Asia,” kata Rahul Kadakia iaitu Ketua Barang Kemas Antarabangsa Christie kepada pemberita sebaik sahaja selepas menjalankan lelongan tersebut.

Sumber: AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved