Pembinaan Masjid Changlun Diteruskan, Kerajaan Perpaduan Tambah Peruntukan - PM

Politics
30 Apr 2023 • 7:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan itu menjadikan keseluruhan kos pembinaan masjid berkenaan berjumlah RM5.77 juta - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan sebanyak RM3.07 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan itu menjadikan keseluruhan kos pembinaan masjid berkenaan berjumlah RM5.77 juta.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan Kerajaan Perpaduan pimpinannya prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan seimbang di antara semua negeri di negara ini.

“Projek (masjid) ini akan dilaksanakan dengan kadar segera, sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid,” katanya menerusi kenyataan.

Anwar berkata, seperti ditegasnya sebelum ini, Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama,” katanya. – Getaran, 30 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved