Pembinaan Masjid Changlun Diteruskan, Tambahan Peruntukan RM3.07 Juta – PM Anwar

Politics
30 Apr 2023 • 8:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

PEMBINAAN MASJID CHANGLUN DITERUSKAN, TAMBAHAN PERUNTUKAN RM3.07 JUTA – PM ANWAR

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) — Kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan RM3.07 juta, menjadikan keseluruhan kos pembinaan rumah ibadat itu berjumlah RM5.77 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara semua negeri di negara ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut mengulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Sumber: BERNAMA