Pemborong didenda RM116,495 miliki barangan tiruan Perodua

LocalBusiness & Finance
8 Sep 2026 • 3:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemborong didenda RM116,495 miliki barangan tiruan Perodua

SHAH ALAM – Sebuah syarikat pemborong menerima padah apabila didenda RM116,495 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai barangan tiruan termasuk 1,912 unit minyak pelincir Perodua, dua tahun lalu.

Hakim Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Happy Leaders Sdn. Bhd. selaku Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili pengarahnya berusia 45 tahun.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa memiliki bagi maksud perdagangan pelbagai barangan berjenama Perodua Genuine Oil iaitu jenis Fully Synthetic, Mineral SAE, Semi Synthetic SAE dan Semi Synthetic SAE 5W-30, keseluruhannya berjumlah 1,912 unit.

Selain itu, syarikat berkenaan turut didakwa memiliki 3,125 botol kosong berjenama Perodua, sembilan kotak label minyak pelincir serta lapan kotak penutup pengedap (seal cap) Perodua.

Kesalahan itu dilakukan di premis syarikat tersebut yang terletak di Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen U19, kira-kira pukul 2.30 petang pada 5 November 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 102(1)(i) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM15,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu dan tidak melebihi RM30,000 bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sallim Wahid manakala OKS diwakili Peguam Roystan Tan. – KOSMO! ONLINE

The post Pemborong didenda RM116,495 miliki barangan tiruan Perodua appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved