Rosmah diberikan penangguhan bersyarat bayar RM67.5 juta

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2026 • 10:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rosmah diberikan penangguhan bersyarat bayar RM67.5 juta

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor masih perlu membayar ganti rugi hampir RM67.5 juta atas kehilangan 43 barang kemas, beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, pembayaran tersebut bukanlah terus kepada pemilik barangan kemas mewah itu, syarikat pemborong barang kemas Global Royalty Trading SAL sebaliknya kepada sebuah akaun pemegang amanah.

Jumlah ganti rugi tersebut akan disimpan di akaun berkenaan sehingga rayuan penuh kes berkenaan diputuskan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Marianne Antoinette Ghani dalam prosiding yang dijalankan secara Zoom itu turut memutuskan bahawa Rosmah perlu memasukkan ganti rugi sebanyak RM67,461,027.37 didepositkan ke dalam akaun tersebut dalam tempoh sebulan daripada tarikh hari ini.

Pada 10 Jun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Quay Chew Soon memerintahkan Rosmah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM67,461,027.37 selepas mendapati Rosmah bertanggungjawab atas kehilangan 43 barang kemas.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah membayar kos sebanyak RM150,000 kepada syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL yang merupakan pemilik barang-barang kemas itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinamakan sebagai pihak ketiga dalam saman tersebut. –UTUSAN

The post Rosmah diberikan penangguhan bersyarat bayar RM67.5 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved