‘Pembukaan cawangan Baitulmal di Tawau mudahkan penduduk Pantai Timur’

6 Aug 2023 • 3:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Pembukaan cawangan Perbadanan Baitulmal di daerah ini bakal memberi manfaat kepada sejumlah besar penduduk di kawasan Pantai Timur negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukusan, Rina Jainal berkata, kewujudan cawangan tersebut sudah pasti akan memudahkan lagi urusan masyarakat bukan sahaja di Tawau tetapi Kunak, Semporna dan Lahad Datu memandangkan perbadanan itu sebelum ini hanya terdapat di Kota Kinabalu.

“Dengan pertambahan cawangan ini, keperluan masyarakat, misalnya dari segi bantuan akan dapat diselesaikan segera dan secara langsung berbanding sebelum ini yang mungkin ada terlepas pandang (kerana ketiadaan cawangan),” katanya.