Pembukaan Terminal Bersepadu Gombak Ditunda, Tarikh Baru Akan Diumumkan Nanti

Entertainment
15 Feb 2025 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penantian penduduk kawasan Gombak dan kawasan sekitar terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk ke negeri sekitar Semenanjung Malaysia akhirnya berakhir apabila baru-baru ini telah diumumkan bahawa Terminal Bersepadu Gombak akan dibuka pada 16 Februari 2025.

image is not available

Namun, menjelang tarikh esok iaitu 16 Februari, pihak pengurusan Terminal Bersepadu Gombak sekali lagi membuat pengumuman bahawa pembukaan terminal bas tersebut dan pusat beli belahnya telah ditunda ke satu tarikh lain yang akan diumumkan nanti.

Pengumuman mengenai penundaan tarikh pembukaan Terminal Bersepadu Gombak itu telah dibuat oleh pihak pengurusan TBG menerusi TikTok semalam.

image is not available

image is not available

Difahamkan, pembukaan Terminal Bersepadu Gombak ini telah beberapa kali ditunda kerana sebelum tarikh 16 Februari, ia pernah dikatakan akan mula beroperasi pada sekitar pertengahan tahun 2024 iaitu tahun lalu.

Difahamkan juga, terminal ini akan mempunyai bas yang akan ke seluruh Semenanjung dan bukannya hanya terhad kepada destinasi ke Pantai Timur sahaja.

image is not available

image is not available

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.