Pembunuh Altantuya Terlepas Hukuman Mati, Dijel 40 Tahun Dan 12 Sebatan

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pembunuh altantuya

Pembunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 18 tahun lalu terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Azilah Hadri untuk mengetepikan hukuman mati itu.

Ketika prosiding berlangsung, mahkamah dimaklumkan bapa kepada Altantuya, Dr Shaariibu Setev menyokong permohonan semakan hukuman mati yang difailkan oleh Azilah diganti kepada pemenjaraan.

“Kami ada surat daripada bapa mangsa, beliau juga meminta supaya hukuman mati diganti kepada penjara” – peguam mewakili Azilah, J. Kuldeep Kumar

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dilaporkan membuat permohonan semakan hukuman mati berikutan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu.

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan Azilah merupakan antara 900 banduan akhir yang memohon semakan hukuman gantung.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo!


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved