Penagih tegar kena 7 tahun, sebatan

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan kerana berulang kali mengambil syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hanafi Madtahil, 24, yang mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Kesalahan di bawah Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Mohd Hanafi ditangkap pada 3 Januari tahun ini jam 12.10 tengah hari selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more Dia mempunyai beberapa sabitan lampau kerana mengambil dadah.

Mohd Hanafi diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara. Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al Hakim Abdul Razak mengendalikan pendakwaan, manakala Mohd Hanafi tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.