
Seorang lelaki Kenya yang disyaki sebagai pembunuh bersiri mengaku telah membunuh 42 wanita sebelum membuang potongan mayat mereka di tempat pembuangan sampah.
Collins Jumaisi Khalusha, 33, telah melakukan jenayah kejam itu sejak dua tahun lalu.
Namun jenayah tersebut terbongkar selepas kehilangan seorang gadis Josphine Mulongo Owino yang baru-baru ini dan pihak berkuasa tempatan menjejaki signal telefon bimbit yang membawa kepada penangkapan Khalusha.
Lelaki tersebut ditangkap di luar sebuah kelab sewaktu keluar menonton Euro 2024 di Soweto, Timur Nairobi.
Suspek kemudian mengaku bukan hanya membunuh Owino tetapi 42 wanita lain termasuk isterinya yang merupakan mangsa pertama.
Dia terlebih dahulu akan menggoda mangsa sebelum membunuh dan menghapuskan mereka.
Jenayah kejam itu dilakukan sejak tahun 2022 dengan kebanyakan mayat yang ada dalam kalangannya telah dikerat lalu dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di kawasan pembuangan sampah untuk dihapuskan.


