
Pembunuh Ditemukan Maut Ditikam Dalam Penjara
Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara dilapor maut selepas ditikam oleh seorang banduan ketika berada di dalam penjara, lapor The Sun UK.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di HMP Whitemoor, Cambridgeshire kira-kira jam 4:10 petang, pada 13 April lalu.
The Sun UK melaporkan mangsa dipenjara seumur hidup pada 2007 kerana menyerang jirannya yang berusia 63 tahun dan menikamnya sebanyak 2o kali di bahagian kepala dan leher.
Namun begitu, tempoh hukuman penjara mangsa dikurangkan kepada 30 tahun selepas dia mengaku bersalah membunuh jirannya.
Mangsa dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebanyak 2 kali
Bagaimanapun, dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sekali lagi selepas menikam mati seorang banduan lain menggunakan pinggan pecah semasa mereka bertengkar mengenai periuk memasak pada tahun 2014.
Polis Cambridgeshire berkata pegawai telah menahan seorang banduan berusia 44 tahun dan siasatan kes bunuh sedang dijalankan.
Menurut The Sun UK, kes ini berlaku selepas Kementerian Kehakiman mengumumkan akan menjalankan semakan susulan laporan mengenai perancang pengeboman Manchester menyerang tiga pegawai penjara di HMP Frankland, County Durham.
Kesatuan sekerja yang mewakili kakitangan penjara berkata, tiga pegawai tersebut mengalami kecederaan yang mengancam nyawa selepas diserang menggunakan minyak panas dan senjata buatan sendiri.
Sumber: The Sun UK
The post Pembunuh Ditemukan Maut Ditikam Dalam Penjara appeared first on Siakap Keli.


