Pembunuh mungkin letak mayat Zayn Rayyan di tebing sungai petang Rabu

11 Dec 2023 • 4:25 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

PETALING JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat kemungkinan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, diletakkan di tebing sungai berhampiran rumahnya pada petang Rabu.

Hussein memberitahu media bahawa kemungkinan itu timbul apabila mayat kanak-kanak autisme itu ditemui pada malam Rabu.

“Kami telah menjalankan pencarian Zayn pada pagi hari yang sama. Tetapi tak jumpa.

“Jadi kami kemudian mencari lagi, pada waktu malam dan menemui mayatnya.

"Kemungkinan (mayat mangsa) diletakkan pada waktu petang ketika hujan lebat pada hari itu,” katanya.

Polis masih meneruskan siasatan mereka mengenai kes kematian Zayn.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Selasa, dan ditemui mati pada malam Rabu lalu. – 11 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved