
Pengakuan tidak bersalah oleh ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu membuatkan identiti sebenar pembunuh utama kembali jadi tanda tanya.
Ia selepas peguam yang mewakili pasangan berkenaan, Fahmi Abd Moin memaklumkan, pertuduhan yang dijalankan melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak polis, bukannya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


