
PULAU BANGGI: Lupakan hasrat melakukan pemburuan haram di Pulau Banggi atau berdepan tindakan tegas, Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim memberikan amaran.
Menurut Mohd Haris, pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan undang-undang lebih tegas akan dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati berbuat demikan.
“Sama ada penduduk di pulau ini atau mereka yang datang dari daerah-daerah berhampiran yang mempunyai hasrat untuk melakukan aktiviti berburu haram di Pulau Banggi ini, lupakan hasrat itu atau berdepan tindakan undang-undang yang lebih tegas.


