Pemegang kad UNHCR, DPP boleh dihantar pulang selepas jalani hukuman

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemegang kad UNHCR, DPP boleh dihantar pulang selepas jalani hukuman

Parit Buntar – Pemegang kad UNHCR yang sah atau individu berdaftar di bawah Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tetap tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan boleh dihantar pulang selepas menjalani hukuman jika disabitkan kesalahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, pemegang dokumen berkenaan tidak kebal daripada undang-undang negara, termasuk bagi kesalahan jenayah dan kesalahan lain yang tidak berkaitan dengan imigresen.

“Kalau dia mencuri, dia salah. Kalau dia memandu kenderaan tanpa lesen, dia boleh diambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Tanjung Piandang di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pemegang kad UNHCR yang sah ketika ini tidak boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen bagi kesalahan tinggal lebih masa atau memasuki negara tanpa dokumen.

Namun, katanya, kerajaan kini melaksanakan pendaftaran sendiri menerusi DPP bagi membolehkan data serta status pelarian dikenal pasti dengan lebih terperinci.

Beliau berkata, proses itu merangkumi pengumpulan maklumat seperti nama, alamat, umur, jantina, kemahiran serta data biometrik termasuk cap jari, pengecaman wajah dan iris mata.

“Apabila kita melalui semua proses itu, kerajaan Malaysia membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia serta agensi berkaitan yang akan membuat keputusan sama ada dia ini berstatus pelarian ataupun tidak,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata, kira-kira 21,000 individu kini berada di depoh imigresen, termasuk kira-kira 4,000 yang dikenal pasti sebagai pelarian, namun status mereka masih perlu ditentukan melalui proses verifikasi.

Beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai status pelarian, tiga kemungkinan terbuka iaitu ditempatkan di negara ketiga, dihantar pulang ke negara asal sekiranya keadaan kembali aman atau dihantar pulang selepas menjalani hukuman jika disabitkan melakukan kesalahan di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

The post Pemegang kad UNHCR, DPP boleh dihantar pulang selepas jalani hukuman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved