Pemegang kad UNHCR, DPP tak kebal undang-undang

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 6:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemegang kad UNHCR, DPP tak kebal undang-undang

Image from: Pemegang kad UNHCR, DPP tak kebal undang-undang

PARIT BUNTAR: Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) UNHCR atau individu berdaftar di bawah Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan boleh dihantar pulang selepas menjalani hukuman, jika disabitkan kesalahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mereka tidak kebal daripada undang-undang termasuk bagi kesalahan jenayah dan kesalahan tidak berkaitan dengan imigresen.

“Kalau dia mencuri, dia salah. Kalau dia memandu kenderaan tanpa lesen, dia boleh diambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Penjara 2026 di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Tanjung Piandang di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pemegang kad UNHCR ketika ini tidak boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen 1959 bagi kesalahan tinggal lebih masa atau memasuki negara tanpa dokumen.

Namun, katanya, kerajaan melaksanakan pendaftaran sendiri menerusi DPP bagi membolehkan data dan status pelarian dikenal pasti dengan lebih terperinci.

Beliau berkata, proses itu merangkumi pengumpulan maklumat seperti nama, alamat, umur, jantina, kemahiran dan data biometrik termasuk cap jari, pengecaman wajah serta iris mata.

“Apabila kita melalui semua proses itu, Kerajaan Malaysia yang akan membuat keputusan sama ada dia ini berstatus pelarian ataupun tidak,” katanya.

Katanya, proses verifikasi dan tapisan keselamatan membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.

Saifuddin Nasution berkata, kira-kira 21,000 individu kini berada di depoh imigresen termasuk 4,000 yang dikenal pasti sebagai pelarian. Namun, status mereka masih perlu ditentukan melalui proses verifikasi. – UTUSAN

The post Pemegang kad UNHCR, DPP tak kebal undang-undang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved