Pemegang Lesen Memandu Singapura Boleh Mohon Subsidi BUDI95 – Ini Syaratnya...

LocalBusiness & Finance
16 Oct 2025 • 11:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan laman web khas hari ini bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan bahawa langkah ini disusun khusus bagi membantu warganegara yang bekerja di Singapura terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti pemandu bas, pemandu sokongan dan pekerja operasi yang menggunakan lesen memandu Singapura untuk tugasan mereka. Beliau berkata MOT memahami kebimbangan dan maklum balas daripada golongan ini berhubung isu pelaksanaan BUDI95.

image is not available

Laman web permohonan boleh diakses di www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my, manakala status permohonan boleh disemak selepas 14 hari di portal rasmi www.budi95.gov.my.

Menurut Loke, semua permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penilaian kelayakan berasaskan tiga kriteria, iaitu pemohon merupakan warganegara Malaysia, memiliki LMS yang masih sah dan mempunyai status permit pekerjaan di Singapura.

image is not availableimage is not available

Beliau juga menambah bahawa subsidi BUDI95 tertakluk kepada kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sahaja dan mereka yang tidak lagi bekerja di Singapura boleh memohon lesen memandu Malaysia semula setelah membatalkan lesen Singapura mengikut prosedur sedia ada.