Tahniah: JPJ Rekod 350,967 Pembaharuan Lesen Sejak BUDI95 Diperkenal

LocalPolitics
15 Oct 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seramai 350,967 individu telah memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) sejak pengenalan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) hingga 8 Oktober lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ia sekali gus mencatatkan peningkatan urus niaga harian JPJ sebanyak 38 peratus sejak pengumuman BUDI95 pada 22 September lalu.

"Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan sambutan positif rakyat terhadap inisiatif subsidi bersasar kerajaan malah memperlihatkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya terhadap kepentingan memiliki lesen memandu yang sah," katanya.

image is not available

Beliau berkata, usaha JPJ memperluas akses perkhidmatan dengan membuka kaunter tambahan pada Jumaat dan Sabtu di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta pada Sabtu dan Ahad di negeri lain, amat wajar dipuji.

"Langkah proaktif ini jelas memudahkan rakyat melaksanakan urusan mereka tanpa menjejaskan jadual harian, khususnya bagi golongan bekerja," katanya.

Selain itu, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan bagi urusan pembaharuan LMM walaupun berlaku peningkatan mendadak untuk urusan pembaharuan.

"Tidak apa-apa aduan (diterima) walaupun bilangan orang yang ingin memperbaharui LMM meningkat dengan begitu mendadak sejak beberapa minggu," katanya.