Pemenang pertandingan seni MR D.I.Y. 2026 memberi makna baharu kepada “Strength & Resilience”

15 Jul 2026 • 3:16 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Pemenang pertandingan seni MR D.I.Y. 2026 memberi makna baharu kepada “Strength & Resilience”
Para pemenang pertandingan seni MR D.I.Y. 2026 meraikan kejayaan mereka di majlis penyampaian hadiah yang telah berlangsung di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur. Gambar dibekal oleh MR D.I.Y.

Artis mengalih tumpuan daripada konflik bagi mengetengahkan kuasa keseimbangan, keluarga dan identiti

MR D.I.Y. mengumumkan pemenang hadiah utama Pertandingan Seni 2026 dengan tema tahun ini, “Strength & Resilience” (Kekuatan & Ketahanan). Menariknya, kebanyakan karya yang memenangi pertandingan dan disenarai pendek mencabar tanggapan konvensional tentang makna kekuatan. Daripada menonjolkan kekuatan fizikal semata-mata, para artis mentafsirkan kekuatan melalui kebolehsuaian, keseimbangan dan ketabahan.

Ini merupakan antara pandangan utama yang dapat dilihat menerusi karya seni yang telah menang, sekali gus mencerminkan cara rakyat Malaysia menghadapi cabaran peribadi dan sosial dalam suasana yang realistik dan saling bersatu.

Penganjuran pertandingan peringkat kebangsaan ini adalah sebahagian daripada komitmen MR D.I.Y. bagi menyokong seni dan budaya tempatan yang menyediakan platform kepada artis daripada pelbagai peringkat usia bagi meluahkan kreativiti mereka serta berkongsi cerita daripada perspektif mereka sendiri. Tema tahun ini mengajak peserta untuk merenung makna kekuatan, kepelbagaian dan ketabahan dalam masyarakat Malaysia.

“Apa yang menyerlah pada tahun ini adalah cara artis menggambarkan erti kekuatan dengan begitu peka dan mendalam,” kata Adrian Ong, Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y. “Hasil karya yang meraih kemenangan ini mengingatkan kita bahawa ketahanan tidak semestinya sesuatu yang kuat dan dramatik. Ada kalanya ia ditemui dalam keseimbangan, keluarga, identiti dan tekad untuk terus melangkah ke hadapan. Melalui pertandingan ini, kami berbesar hati untuk terus menyokong artis Malaysia dan menyediakan platform untuk berkongsi cerita mengenai diri kita sebagai sebuah komuniti.”

Pemenang hadiah utama Pertandingan Seni MR D.I.Y. 2026 ialah:

Image from: Pemenang pertandingan seni MR D.I.Y. 2026 memberi makna baharu kepada “Strength & Resilience”
Pemenang Hadiah Utama Kategori Umum | Artis: Ng Chit Keong; Karya Seni: Bayang dan Arah. Gambar dibekal oleh MR D.I.Y.

Pemenang Hadiah Utama Kategori Umum

Artis: Ng Chit Keong

Karya Seni: Bayang dan Arah – Shadow and Direction

Berkisar tentang rama-rama mekanikal yang dihiasi dengan simbol budaya dan teknologi, karya seni ini mengetengahkan identiti yang lahir daripada pelbagai pengaruh. Ia mencerminkan daya ketahanan yang terbina bukan melalui konflik, tetapi keupayaan untuk kekal seimbang, menyesuaikan diri dan jujur pada diri sendiri dalam menghadapi perubahan.

Image from: Pemenang pertandingan seni MR D.I.Y. 2026 memberi makna baharu kepada “Strength & Resilience”
Pemenang Hadiah Utama Kategori Pelajar | Artis: Brenda Goh Xsue Thoong; Karya Seni: Our Birthday. Gambar dibekal oleh MR D.I.Y.

Pemenang Hadiah Utama Kategori Pelajar

Artis: Brenda Goh Xsue Thoong

Karya Seni: Our Birthday

Our Birthday menggambarkan detik berharga bersama keluarga menerusi kenangan zaman kanak-kanak artis ini. Karya seni ini mempamerkan ketabahan menerusi hubungan kekeluargaan yang kekal erat, menunjukkan bagaimana detik bermakna dan ikatan emosi terus kekal seiring dengan masa.

Image from: Pemenang pertandingan seni MR D.I.Y. 2026 memberi makna baharu kepada “Strength & Resilience”
Pemenang Hadiah Utama Kategori Artis Terkenal | Artis: Chang Yoong Chia; Karya Seni: Weight of a Feather. Gambar dibekal oleh MR D.I.Y.

Pemenang Hadiah Utama Kategori Artis Terkenal

Artis: Chang Yoong Chia

Karya Seni: Weight of a Feather

Memperoleh inspirasi daripada idea keseimbangan, karya seni ini memaparkan simbol berlainan seperti helang dan kelawar bagi mewakili perspektif dan pengalaman berbeza. Karya ini mencerminkan ketabahan sebagai satu perjalanan untuk mengenali diri sendiri, menunjukkan bagaimana unsur yang berbeza mampu wujud bersama dan akhirnya mencapai keharmonian.

Pertandingan tahun ini menarik lebih daripada 900 penyertaan daripada peserta berusia antara 8 hingga 61 tahun, termasuk peserta yang datang dari Sabah untuk mengambil bahagian. Empat pemenang utama bagi setiap kategori bakal berpeluang untuk mewakili Malaysia pada Pertandingan Seni MR D.I.Y. serantau di Indonesia yang bakal berlangsung akhir tahun ini.

Barisan juri bagi edisi 2026 terdiri daripada artis terkenal iaitu Bingley Sim, Liong Mei Yin, Yap Sau Bin dan Ivan Gabriel, bersama Pengasas dan Penasihat MR D.I.Y. Group, Tan Yu Yeh serta Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong.

Orang ramai dijemput untuk menyaksikan karya seni yang meraih kemenangan ini di Galeri 2, Jabatan Muzium Malaysia, mulai 26 Jun sehingga 26 Julai 2026.

Dilancarkan pada tahun 2022, Pertandingan Seni MR D.I.Y. bertujuan untuk memupuk bakat seni tempatan dan membina ekosistem kreatif yang meriah dan inklusif di Malaysia. Sebagai jenama yang mesra dengan komuniti di seluruh negara, MR D.I.Y. melihat seni sebagai satu cara bermakna untuk meraikan kisah seharian, mengukuhkan hubungan komuniti dan menyokong ekspresi kreatif tempatan.

Melalui platform ini, MR D.I.Y. dan Yayasan MR D.I.Y. terus memperjuangkan seni dan budaya sebagai pemacu yang penting kepada komuniti, identiti dan hubungan sosial.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. Malaysia atau ikuti jenama ini di Facebook, Instagram, TikTok, XiaoHongShu, X dan YouTube.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved