Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi Dalam Cabutan Bertuah P-Circle Sempena KLIMS 2026

LocalCars
7 Jul 2026 • 4:26 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi Dalam Cabutan Bertuah P-Circle Sempena KLIMS 2026
Nik Akmal Afifah binti Nik Mohd Fuad menerima kunci placard dariPerodua President and Chief Executive Officer, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad dekat Ibu Pejabat Perodua Rawang, Selangor.

RAWANG, 7 Julai – Tuah menyebelahi seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nik Akmal Afifah Nik Mohd Fuad, 22, apabila dipilih sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah P-Circle yang dianjurkan sempena Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026).

Pertandingan yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 itu berjaya menarik penyertaan ribuan pengunjung yang memuat turun super app P-Circle serta mengaktifkan ciri e-dompet P-Duit sepanjang pameran berlangsung.

Image from: Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi Dalam Cabutan Bertuah P-Circle Sempena KLIMS 2026
 Nik Akmal Afifah binti Nik Mohd Fuad bersama keluarga beliau sempena majlis penyerahan yang diadakan di Ibu Pejabat Perodua Rawang, Selangor

Sebagai pemenang utama, Nik Akmal Afifah membawa pulang sebuah Perodua Myvi 1.3 G berwarna Ivory White yang disampaikan dalam satu majlis penyerahan di ibu pejabat Perodua di Rawang pada 3 Julai lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, penyertaan syarikat itu di KLIMS 2026 menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.

“Secara keseluruhannya, penyertaan kami di KLIMS 2026 mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan dengan 37,786 pengunjung berdaftar di reruai kami dan mencuba pelbagai tarikan yang disediakan sepanjang pameran berlangsung.

“Pertandingan Cabutan Bertuah P-Circle ini juga menarik perhatian ramai generasi muda dan Nik Akmal Afifah adalah pemenang bertuah yang terpilih,” katanya.

Image from: Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi Dalam Cabutan Bertuah P-Circle Sempena KLIMS 2026

Sementara itu, Nik Akmal Afifah meluahkan rasa syukur selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.

“Sudah tentu kereta ini lebih baik daripada Perodua Axia yang saya pandu pada masa ini. Terima kasih Perodua. Anda memang terbaik!” katanya.

Selain hadiah utama berupa Perodua Myvi, syarikat itu turut menyampaikan sebanyak 100 unit jam pintar P-Go kepada pemenang cabutan bertuah yang lain.

P-Circle merupakan super app yang dibangunkan Perodua dengan pelbagai fungsi dalam satu platform, termasuk perkhidmatan e-dompet P-Duit, ciri kesihatan, fungsi keselamatan, platform jual beli dalam talian serta perkhidmatan penstriman. Aplikasi tersebut kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Pada KLIMS 2026, Perodua turut mencuri perhatian pengunjung dengan memperkenalkan kereta konsep terbaharunya, Chapter 2 (C2). Model konsep itu mengetengahkan bahasa reka bentuk baharu, teknologi terkini serta hasil kreativiti pereka muda Perodua yang mencerminkan visi syarikat terhadap masa depan mobiliti elektrik.

The post Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi Dalam Cabutan Bertuah P-Circle Sempena KLIMS 2026 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved