"Pemergian" Rafizi Cetus Persoalan Apakah Nasib Sistem PADU, Diteruskan Atau Dibatalkan?

LocalPolitics
30 May 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Di sebalik peletakan jawatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli gara-gara gagal dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR timbul persoalan mengenai masa depan agenda nasional penting yang berada di bawah tanggungjawab beliau.

Seperti sedia maklum, Rafizi adalah individu di sebalik Pangkalan Data Utama (PADU), iaitu sebuah pangkalan data pusat bernilai RM85 juta yang direka untuk membantu kerajaan menyasarkan subsidi dengan lebih tepat.

PADU bertujuan menentukan siapa yang layak menerima bantuan seperti subsidi petrol, elektrik dan bantuan kerajaan lain.

Namun dengan peletakan jawatan Rafizi, apa pula nasib PADU? Adakah menteri yang bakal menggantikan tempat Rafizi akan memberi keutamaan kepada sistem ini, atau membiarkannya ia lenyap begitu sahaja atau wujud pula sistem baharu?

Buat masa ini, Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran Rafizi Ramli.

Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti

Berbalik kepada PADU, kerajaan sudah pun mengesahkan untuk menggunakan kad pengenalan dalam penyasaran subsidi RON95 memandangkan bantuan SARA juga berjalan lancar kerana menggunakan mekanisme MyKad.

image is not available

Jadi, buat masa ini, nasib PADU masih belum diketahui atau kerajaan mungkin menggunakan mekanisme lain?

Pada hemat penulis, idea Rafizi akan tetap diteruskan memandangkan dasar itu dilihat relevan. Maka , tiada sebab untuk kerajaan menghentikan walaupun jawatan menteri ekonomi digantikan oleh menteri lain.

Apa pula pandangan anda?