“Pemergian yang dicemburui”- Imam Meninggal Dunia Dalam Keadaan Bersujud Ketika Imamkan Solat Subuh

Entertainment
9 Nov 2024 • 8:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang imam dilaporkan telah meninggal dunia ketika bersujud ketika sedang mengimamkan solat subuh di Surau Permatang Pak Elong, Kepala Batas, Pulau Pinang pagi Jumaat.

Berita pemergian imam tersebut, Yakob Ramli itu telah dikongsikan oleh Datuk Seri Reezal Merican iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN Bertam menerusi Facebook.

Difahamkan, Allahyarham imam itu telah meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sejadah dalam solat subuh, lapor Berita Harian.

image is not available

Difahamkan, secara tiba-tiba, Yakob tidak bergerak dan diam ketika mengimamkan solat itu.

Dapat dilihat menerusi foto yang tular di media sosial bahawa bantuan pernafasan atau CPR telah cuba diberikan kepada imam tersebut.

image is not available

Walau bagaimanapun, Allah lebih menyayangi beliau dan imam tersebut disahkan meninggal dunia.

Meninjau ke ruangan komen, pemergian imam itu ketika sedang bersujud di surau pada hari Jumaat yang mulia turut dicemburui oleh warganet.

Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.