
KERAJAAN Negeri akan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Kabinet Negeri bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.
“Di peringkat awal, ia akan dilaksanakan di 10 daerah,” katanya semasa mesyuarat pasca-kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, pada 24 Jan.
Menurutnya, ia akan dilaksanakan melalui perkhidmatan bergerak menggunakan van khas yang dilengkapi peralatan perubatan canggih untuk sampai ke kawasan luar bandar.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Hajiji juga berkata Kabinet telah meluluskan penubuhan Majlis Logistik Sabah di bawah Kementerian Kerja Raya untuk meneliti penggubalan dasar, pengurusan dan pemantauan isu logistik di Sabah.
Selain itu, katanya, kabinet juga bersetuju membenarkan penggunaan bahan binaan konvensional berbanding Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembinaan Rumah Mesra SMJ.
Ini disebabkan antara punca kelewatan penyiapan Rumah Mesra SMJ adalah kerana pihak kontraktor tidak dapat menjalankan projek menggunakan bahan IBS disebabkan kosnya.
“Dengan melonggarkan syarat, kami berharap pembinaan Rumah Mesra SMJ akan lebih cepat siap,” katanya sambil menambah reka bentuk Rumah Mesra SMJ akan dikekalkan.
Kabinet turut memberi lampu hijau untuk menaikkan Paitan dan Sook sebagai menjadi daerah penuh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

