Pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga emas

LocalHealth & Fitness
12 Oct 2026 • 3:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga emas

Kota Kinabalu: Usaha untuk memberi galakan kepada komuniti khasnya warga emas berkaitan penjagaan kesihatan boleh ditingkatkan melalui komitmen berterusan daripada pelbagai pihak.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Likas, Glena Wong, berkata UPPM amat menitikberatkan kesejahteraan komuniti khususnya bagi aspek kesihatan.

“Kita di UPPM Likas merasakan bahawa usaha seumpama ini adalah penting untuk mewujudkan komuniti sihat, dari pelbagai peringkat umur. Jadi kita mula mengambil langkah untuk menyemai kesedaran tentang keperluan menjaga kesihatan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan, hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Majlis Hari Kesihatan 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Damai, di sini, pada Ahad.

Menurut beliau, sambutan yang diterima amat menggalakkan, khususnya dalam kalangan warga emas yang semakin menyedari kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kita amat berbesar hati dengan kehadiran komuniti sekitar terutamanya golongan warga emas, yang hadir sekaligus memanfaatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang kita sediakan hari ini,” katanya lagi.

Program itu merupakan acara anjuran bersama antara Persatuan Wanita Cemerlang Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Likas.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan kesihatan asas, saringan gula dan kolesterol, tekanan darah, mata, pergigian serta kesihatan wanita.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu masyarakat mengetahui tahap kesihatan masing-masing, malah menggalakkan amalan pencegahan dan pengesanan awal penyakit.

Program bertemakan ‘Sihat Bersama, Keluarga Sejahtera’ itu turut menawarkan vaksin influenza percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas.

“Kesihatan rakyat perlu sentiasa diberi keutamaan kerana masyarakat yang sihat menjadi asas kepada pembentukan keluarga sejahtera dan komuniti yang produktif,” jelasnya lagi. Beliau turut menzahirkan harapan untuk terus melaksanakan lebih banyak program seumpama itu, khususnya yang memberi manfaat kepada komuniti.

“Kita berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya lebih ramai penduduk, khususnya golongan warga emas dan keluarga berpendapatan rendah, mendapat manfaat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved