Gerumi, Alem teruja terima MyKad generasi baharu

12 Oct 2026 • 11:18 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gerumi, Alem teruja terima MyKad generasi baharu

GUA MUSANG – Dua beradik teruja apabila menjadi warga emas Orang Asli kaum Temiar terawal di Pos Hau di sini yang menerima MyKad generasi baharu.

Gerumin Along, 78, dan adiknya, Alem Along, 77, menyifatkan penerimaan kad pengenalan baharu itu sebagai sesuatu yang bermakna selepas berdepan kesukaran untuk keluar dari penempatan mereka bagi melakukan urusan di bandar.

Gerumin berkata, faktor usia, masalah penglihatan dan kedudukan penempatan yang jauh dari bandar menyebabkan dia sukar untuk membuat penggantian kad pengenalan.

“Keadaan jalan untuk keluar dan masuk juga jauh serta masih melalui jalan tanah. Saya sangat lega apabila kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) datang ke sini dan membantu saya mendapatkan MyKad baharu,” katanya ketika ditemui di Pos Hau, di sini semalam.

Terdahulu, Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias menyerahkan MyKad generasi baharu kepada tiga orang warga emas menerusi Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara peringkat negeri Kelantan.

Sementara itu, Alem pula berkata, MyKad baharu itu membolehkannya kembali menggunakan kemudahan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) selepas cip kad pengenalan lamanya rosak.

“Saya menghargai usaha JPN kerana sanggup meredah perjalanan lebih dua jam untuk tiba di perkampungan ini bagi membantu proses menukar MyKad generasi baharu untuk saya dan kakak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Gerumi, Alem teruja terima MyKad generasi baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved