Pemilihan Mohamad Hairul bukti keutuhan Kerajaan Perpaduan Perak

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 7:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemilihan Mohamad Hairul bukti keutuhan Kerajaan Perpaduan Perak

IPOH – Pemilihan Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Perak membuktikan keutuhan Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Ketua Penerangan PKR Perak, Azam Afandi berkata, pemilihan itu merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dan mereka yakin Mohamad Hairul Amir akan membawa suara serta kepentingan rakyat Perak ke Dewan Negara dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan komitmen.

“PKR Perak turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP dan Amanah, serta rakan Kerajaan Perpaduan daripada Barisan Nasional (BN) Perak atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

“Sokongan penuh 33 undi daripada blok kerajaan bukan sekadar memberikan mandat kepada seorang calon.

“Lebih penting, ia sekali lagi memperlihatkan bahawa hubungan dan kerjasama antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Perak berada dalam keadaan harmoni, utuh dan stabil,” katanya di sini, hari ini.

Media terdahulu melaporkan Mohamad Hairul Amir berjaya mendapat 33 undi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), mengatasi calon cadangan pembangkang, Zulkifli Zakaria yang juga merupakan Ketua Dewan Ulama Pas Perak.

Pemilihan beliau itu dilihat sebagai menggantikan pemimpin PH, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof yang mewakili Perak dari Mei 2023 hingga Mei 2026.

Sementara itu, Azam berkata, dalam suasana politik yang semakin mencabar, kestabilan serta keupayaan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus bekerjasama berasaskan kepercayaan dan kepentingan rakyat merupakan kekuatan yang perlu dipertahankan.

“PKR Perak akan terus memainkan peranan secara konstruktif bersama semua rakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik yang dinikmati hari ini diterjemahkan kepada pentadbiran yang berkesan, pembangunan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat Perak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pemilihan Mohamad Hairul bukti keutuhan Kerajaan Perpaduan Perak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved