Pemilihan tema Malaysia #QuranHour setiap tahun menarik - Jawi

30 Aug 2026 • 4:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemilihan tema Malaysia #QuranHour setiap tahun menarik - Jawi
Jamali

KUALA LUMPUR - Pemilihan tema dan surah dalam Malaysia #QuranHour yang berbeza setiap tahun menjadikan kempen untuk mengajak umat Islam membaca al-Quran itu mempunyai tarikan tersendiri.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jamali Mohd Adnan berkata, pemilihan tema dan surah yang tepat menjadikan kempen sedemikian lebih dekat dengan umat Islam.

“Setiap tahun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengadakanprogram ini dengan tema-tema yang cukup-cukup menarik. Jadi pada tahun ini Berdasarkan beberapa surah pilihan iaitu Surah al-Muzzammil, Surah al-Balad dan Surah al-Baqarah.

“Pemilihan surah-surah ini memberi penghayatan kepada kita selaku seorang manusia, seorang pemimpin, selaku seorang rakyat, pembuat dasar dan sebagainya untuk menghayati bacaan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Malaysia #QuranHour di Masjid Al-Sultan Abdullah Presint Merdeka 118 di sini pada Ahad.

Sebelum itu, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenaan mencemar duli ke program tahunan anjuran WUIF yang memasuki edisi ke-12 tahun ini.

Ketibaan Seri Paduka Baginda pada 11.55 pagi itu diiringi Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub.

Mengulas lanjut, Jamali berkata, al-Quran menyediakan panduan lengkap untuk menjalani kehidupan sempurna sebagai umat Islam.

Katanya, al-Quran bukan sekadar untuk dibaca dan tadabur semata-mata tetapi perlu menghayatinya dengan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

“Apa sahaja kedudukan kita sama ada pemimpin di peringkat keluarga, masyarakat atau pun negara, isi kandungan al-Quran sangat memberikan suatu yang kita sebut sebagai membangunkan manusia, membangunkan insan.

“Dan akhirnya sudah pasti dengan penghayatan a-Quran kita boleh melahirkan pemimpin yang mempunyai sikap kompeten, integriti, amanah dan sebagainya,” katanya.

Justeru katanya, seluruh umat Islam digesa untuk kembali menghayati al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved