Zahirah Macwilson baca al-Quran pemberian Aiman selepas Subuh setiap hari

16 Aug 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zahirah Macwilson baca al-Quran pemberian Aiman selepas Subuh setiap hari

PETALING JAYA: Pelakon, Zahirah Macwilson, berkata dia mula memasang niat untuk membaca dan memahami isi kandungan al-Quran sejak Ramadan lalu.

Oleh itu, Zahirah atau nama penuhnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 31, membaca al-Quran yang dihadiahkan suaminya, Aiman Hakim Ridza, sempena hari pernikahan mereka, setiap pagi selepas solat Subuh.

“Sejujurnya, saya sangka ia akan mengambil masa yang lebih lama.

“Namun, selepas konsisten membaca beberapa halaman setiap pagi selepas waktu Subuh, timbul rasa rindu dan keinginan yang mendalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang kalam Pencipta kita.

“Apa yang menyentuh hati, setiap persoalan dan apa sahaja yang bermain di fikiran saya seolah-olah terjawab. Malah, segala kegusaran dan kesakitan yang dirasai turut ditenangkan,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, usaha berkenaan menjadi permulaan buat dirinya untuk terus mendalami ilmu agama.

Pelakon Good Boys Go To Heaven itu turut mengajak orang ramai memasang niat yang sama untuk memahami al-Quran.

“Saya menggalakkan anda semua untuk membaca dan memahami keseluruhan al-Quran dalam apa jua bahasa yang paling mudah difahami sebelum melangkah lebih jauh dalam perjalanan ini.

“Semoga Allah SWT membimbing kita, memastikan niat kita sentiasa ikhlas dan mempermudahkan urusan kita semua,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji usaha murni Zahirah selain mendoakan agar dia terus istiqamah.

Zahirah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada suami tercinta atas hadiah yang disifatkannya sebagai paling bermakna dalam hidupnya.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Isaac Raees dan Inara Raisa. -UTUSAN

The post Zahirah Macwilson baca al-Quran pemberian Aiman selepas Subuh setiap hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved