Baru-baru ini tular di media sosial, pasangan pengantin baharu terpaksa menanggung malu apabila cuba mendapatkan gambar perkahwinan yang cantik dengan cahaya semula jadi.
Jurugambar ceroboh homestay untuk photoshoot

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan seorang jurugambar membuka pagar kecil tanpa keizinan yang dipercayai menjadi jambatan kecil sebelum memasuki kawasan yang terletakknya sebuah rumah di tengah bendang.
Bagaimanapun, dipercayai pemilik rumah yang menyedari kejadian itu membunyikan siren menyebabkan jurugambar tersebut dengan pantas menutup semula pintu pagar tersebut.
Bukan itu sahaja, pemilik rumah juga meluahkan rasa kecewa kerana tindakan tersebut dianggap menceroboh dan melanggar privasi orang lain.
“Minta izin dulu nak bergambar pun,” luah pemilik rumah.
Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi balas daripada warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa kurang senang akan tindakan yang dianggap melanggar privasi orang lain.
Adab tu penting

Ikut undang-undang, kira ceroboh

Buat malu saja

Artikel lain: LIMA’25: Pemilik Kereta Sewa Beri Teguran, Jurugambar Berdiri Atas Bumbung Kereta Demi Rakam Foto
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.5 juta tontonan dan meraih lebih 33,000 tanda suka.
Sumber: TikTok qmcottagetinyhouse
The post Pemilik Dakwa Jurugambar Ceroboh Homestay Untuk ‘Photoshoot’ Pengantin appeared first on Borak Daily.

