
Pemilik anjing di Ibu Negeri perlu memastikan pintu pagar mereka ditutup dengan sempurna selepas mereka memandu keluar dari rumah untuk memastikan haiwan peliharaan mereka tidak terlepas dan berada di kawasan umum kerana itu boleh menjadi gangguan awam.
Jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata pihaknya menerima makluman dari semasa ke semasa tentang anjing mengejar pejalan kaki dan penunggang basikal atau motosikal, menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan atau mengotorkan bahu jalan dengan najis mereka.
“Dalam kebanyakan kes, anjing yang melakukan perkara itu bukan anjing liar tetapi haiwan peliharaan berlesen, yang bermaksud, kesulitan it sepatutnya boleh dielakkan,” katanya. Seorang lagi pemilik anjing di kejiranan itu ditegur kerana melepaskan anjing mereka di kawasan awam.
Beliau menggesa pemilik supaya lebih proaktif dalam memastikan anjing mereka tidak terlepas, sebelum meneruskan perjalanan.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Mereka harus mengurung haiwan peliharaan di dalam kawasan mereka sebelum membuka pintu pagar.
“Mereka yang mempunyai pintu pagar konvensional harus mengunci pintu pagar mereka dan bukan sewenang-wenangnya memandu keluar, membiarkan pintu terbuka luas.
“Mereka yang mempunyai pintu pagar automatik pula perlu menunggu sehingga ia ditutup sepenuhnya sebelum meneruskan perjalanan.”
Beliau berkata individu terbabit diwajibkan menangkap anjing mereka jika haiwan peliharaan itu terlepas.
“Mereka tidak sepatutnya membiarkan anjing ini berkeliaran di kawasan kejiranan sehingga mereka pulang.”
Tindakan seumpamanya banyak membantu dalam meminimumkan kemungkinan anjing mereka menyulitkan jiran-jiran, tanpa disedari, menurut jurucakap itu.
“Kami telah berulang kali mengarahkan pemilik untuk mengurung anjing mereka di dalam halaman rumah masing-masing dan memastikan mereka mengawasi mana-mana haiwan peliharaan yang dilepaskan ke kawasan umum. SEORANG pembayar cukai diberikan risalah mengenai syarat-syarat pemeliharaan anjing di bandaraya.
“Dalam kes di mana anjing mereka berjaya keluar melalui lubang pada pintu pagar atau pagar mereka, mereka perlu menutup kemas laluan itu.
“Bahagian Kawalan Haiwan (ACD) kami diberi kuasa untuk menangkap mana-mana anjing yang ditemui berkeliaran tanpa pengawasan di jalan-jalan di bawah bidang kuasa kami.”
Beliau berkata pemilik boleh dikompaun sehingga RM500 – di bawah Undang-undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing Dewan Bandaraya 1963 (Pindaan 2008) – dan perlu membayar penalti itu sebelum anjing itu dikembalikan kepada mereka.
“Pesalah berulang berisiko diheret ke mahkamah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM5,000.”
Menurut jurucakap itu, seorang pembayar kadar di Luyang, yang memiliki seekor Rottweiler, diberi amaran supaya tidak membiarkan haiwan peliharaannya berkeliaran tanpa ditemani di jalan perumahan di hadapan rumahnya bulan lalu.
“Dia juga diarahkan supaya haiwan peliharaannya didaftarkan dengan DBKK,” katanya.
Jurucakap itu berkata notis mengenai perkara itu telah diserahkan kepada pemilik Rottweiler.
“Kakitangan ACD tidak nampak mana-mana anjing berlesen atau tidak berlesen di jalan perumahan pagi itu.
“Bagaimanapun, mereka menyerahkan risalah berkaitan pemeliharaan anjing, kepada pembayar kadar kami yang lain di kawasan itu.”
Beliau berkata kakitangan Bahagian itu kembali ke Luyang minggu lepas.
“Beberapa pemilik anjing di sepanjang jalan perumahan lain ditegur kerana gagal mematuhi syarat kami.
“Haiwan peliharaan mereka didapati dibiarkan lepas tanpa pengawasan. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan anjing ini tidak mempunyai lesen.”
Jurucakap itu berkata individu-individu ini telah dimaklumkan tentang kesalahan mereka dan dengan tegas diingatkan untuk mematuhi keperluan DBKK.
“ACD tidak menangkap mana-mana anjing mereka pada masa itu tetapi tidak akan teragak-agak untuk melakukannya pada masa hadapan.
“Kami akan memantau keadaan di kawasan awam di sini.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

