Rela Diganggu 'Si Bulus', Perilaku Imam Sayangi Kucing Terima Pujian

Entertainment
11 Aug 2023 • 8:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar video yang memaparkan Si Comel berwarna putih itu memanjat tubuh seorang imam ketika beliau sedang bersujud - gambar X

KUALA LUMPUR - Kucing ialah antara haiwan peliharaan paling digemari, sesuai dengan kemanjaan dan paras comel dimiliki.

Bagi pencinta haiwan, melayan kucing peliharaan mereka umpama seorang bayi bukan lagi perkara luar biasa, malah, ada yang sanggup berhabisan demi memastikan kesayangan mereka itu mendapat layanan terbaik

Keletah dan sifat aktif ‘Si Bulus’ ini juga dianggap sebagai satu terapi, untuk melegakan diri ketika dilanda tekanan.

Baru-baru ini, tular video seorang imam dengan tenang meneruskan solat walaupun diganggu si comel berkenaan.

Rakaman berdurasi 58 saat yang dimuat naik di platform X itu memaparkan bagaimana ‘Si Bulus’ berwarna putih tersebut memanjat badan pemuda berkenaan ketika beliau sedang bersujud. 

Tidak langsung berasa marah, jauh sekali berkasar, lelaki terbabit malah membelai kucing itu dengan penuh kasih sayang sebaik selesai menyempurnakan solatnya.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen memuji perilaku terpuji imam berkenaan yang masih tenang walaupun ibadahnya diganggu haiwan itu.

Malah ada yang berkata, situasi tersebut menunjukkan kebesaran Allah SWT, apabila haiwan turut gembira apabila mendengar bacaan kalimah suci Al-Quran.

Menurut @Faz4Hassan, ini merupakan antara sebab dia amat menyayangi kucing kerana telatah Si Comel itu yang amat mencuit hati.

Pendapat senada diluahkan @IbnoRowshan yang mengakui sering berdepan situasi sama dengan haiwan peliharaannya. - Getaran, 10 Ogos 2023