Pemilik Dobi Samarahan Tular, Murah Hati Beri Makanan Percuma Kepada Orang Ramai

14 Feb 2024 • 4:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa pemilik dobi tersebut baik hati

Pemilik Dobi Samarahan Tular, Murah Hati Beri Makanan Percuma Kepada Orang Ramai. Satu kongsian telah menarik perhatian netizen apabila individu ini memberikan makanan percuma kepada orang ramai yang singgah di dobinya.

Pemilik dobi yang berbangsa Cina itu dikatakan murah hati dan baik budi kerana belanja nasi dan lauk-pauk kepada pelanggan dan bukan pelanggan tanpa mengira bangsa dan agama.

image is not available
Pemilik Dobi Samarahan Tular, Murah Hati Beri Makanan Percuma Kepada Orang Ramai

Semoga terus murah rezeki buat pemilik dobi

Menurut seorang pengguna Facebook yang berkongsi kisah ini, beliau baru sahaja keluar dari Bank Islam Samarahan apabila ditawarkan makanan oleh pemilik dobi yang bersebelahan dengan bank tersebut.

Beliau mengaku terkejut tetapi gembira kerana mendapat makanan percuma, kebetulan juga tengah lapar. Beliau juga memuji pemilik dobi yang turut membantu mengambilkan nasi untuknya.

Postingan itu telah mendapat banyak tanda suka dan ratusan komen yang memuji tindakan pemilik dobi tersebut. Ramai yang menganggapnya sebagai contoh keharmonian dan toleransi antara kaum di Malaysia. Ada juga yang berharap agar pemilik dobi itu diberkati dengan rezeki yang melimpah ruah.

Baca juga artikel menarik, di bawah:

https://www.iloveborneo.my/runtuh-jutaan-tahun-sea-stack-ikonik-bako

https://www.iloveborneo.my/kuasa-viral-pelajar-ini-sebak-bila-tiba-tiba-ditaja-oleh-individu-baik-hati-untuk-balik-sabah