Pemilik homestay kesal, penyewa jahanamkan harta benda -“Macam ribut taufan!”

23 May 2024 • 5:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang pemilik homestay kesal apabila penyewa yang mendiami homestay miliknya sesuka hati menjahanamkan fasiliti yang disediakan sehingga dia mengalami kerugian.

Menerusi TikTok milik Lazic Homestay, dia meluahkan rasa kesal melihat kediaman yang ditinggalkan penyewa dalam keadaan tidak terurus sehingga mengakibatkan kerugian.

Sedih lihat keadaan homestay macam tu

Dia turut berkongsi beberapa fasiliti yang dirosakkan seperti pelampung pecah, kolam mandi dipenuhi batu, signboard patah, bahkan barang elektik juga mengalami kerosakan.

Pemilik homestay kesal, alami kerugiaan apabila fasiliti rosak

Tidak hanya itu, bau rokok diseluruh kawasan rumah juga masih melekat walaupun penyewa telah keluar disebabkan tindakan mereka yang merokok di dalam bilik.

Ujar pemilik homestay berkenaan, walaupun memang ada deposit kebersihan yang dikenakan bagi memastikan mereka bertanggungjawab diatas kerosakan yang berlaku, namun seharusnya para penyewa sedar bahawa kediaman terbabit adalah milik orang lain.

Pemilik homestay kesal, ada masa tiga jam je untuk kemas sebelum customer lain masuk

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di platfrom TikTok itu. Rata-rata mereka berasa geram jika berhadapan dengan penyewa seperti itu kerana menyebabkan kerugian yang besar.

Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa dengan pemilik homestay itu serta menyarankan beberapa cara agar kejadian sama tidak berulang lagi.

image is not available

Netizen saran letak signboard ‘kerosakan akan dilapor polis’

image is not available

Memang ada penyewa jenis macam tu

image is not available

Pengusaha homestay kena buat persatuan blacklist customer buat hal

image is not available

 

Tergamak buat homestay orang sampai macam tu

image is not available

 

Sumber: TikTok lazichomestay

View Original Article